Harga Koyak Rabak Branded Collection

Diskaun 50% T-shirt Dewasa

LELONG LUARBIASA BRANDED COLLECTION



Jumaat, 13 April 2012

PERKONGSIAN EKSKLUSIF







KISAH KEJAYAAN BRANDED COLLECTION
Saya ZHET, Pakar Import Eksport pemilik perniagaan Branded Collection ; Legasi Transformasi Kecantikan Kanak-kanak yang paling diyakini. Kepakaran Branded Collection ialah dalam membekal, mengedar, menjual dan menggayakan si comel dengan koleksi pakaian kanak-kanak berkualiti tinggi yang bergaya, berjenama dan mewah didatangkan khas dari Luar Negara dengan harga borong yang sangat murah dan berpatutan.

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG, BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH.
SEBENARNYA; SENANG SANGAT UTK JADI SENANG... JIKA TAHU CARANYA...... KAN...
 
Tetapi, sekitar tahun 2001, saya telah melalui sesuatu yang saya panggil sebagai "tragedi" kerana selepas habis belajar di Sekolah Hishamuddin Sg Bertih, saya berpeluang bekerja seketika di Jaya Jusco sebelum membuat keputusan untuk "melompat" ke dalam dunia perniagaan kerana dek semangat yang berkobar-kobar. Secara faktanya, saya bukan daripada keluarga berniaga. Bapa saya bekas pekerja kilang dan ibu saya surirumah sepenuh masa. Tidak ada sesiapa pun yang berjaya di dalam perniagaan di dalam lingkungan ahli keluarga saya ketika itu.
 Produk pertama yang saya jual adalah minyak gamat… masa tu baru habis SPM.. Jual kat saudara mara, kawan2 dan jiran2 masa raya aidilfitri. Malangnya tidak semua minyak gamat tu habis dijual, kerana masa tidak sesuai dgn perniagaan yang dijalankan.. Sepatutnya saya perlu jual barang yang kena dengan situasi. Untung tidak dapat banyak, setakat balik modal je tapi rasa bersyukur sangat kerana ia adalah pengalaman pertama.
Apabila tidak berjaya perniagaan pertama, saya buat pula perniagaan menjaja Nasi Lemak dan kuih muih dengan menaiki motorsikal, Pelbagai dugaan perlu diharungi, kena kejar anjing, berteduh bawah jambatan bila hujan, paling xdapat lupakan suatu hari motor langgar lubang, nasi dan kuih muih yang mak saya buat habis tercampak dan tumpah atas jalan..sedih sangat..sob…sob…Saya lihat kuih muih dan nasi lemak yang mak saya buat dilanggar lori..
Mak saya yang tolong ajar buat nasi lemak yang sedap, lazat dan terbaik, tp ketika saya masih blm cukup pandai buat nasi lemak yang sedap dan terrrbaaaaik tu, mak saya kata tutup je la perniagaan nasi lemak ko tu “sebab mak penatla”. Lagipun ko dapat sambung belajar ke Universiti. Dengan duit berniaga tu jugakla dapat menampung duit poket perbelanjaan di Universiti tu nanti “ujar mak padaku”.
Saya pun sambung belajar di universiti, Habis lebih kurang RM30,000 sebab belajar, tp xpe la… dapat manfaat gak, belajar pengajian islam syariah. Ketika belajar terpaksa lupakan terus hasrat untuk berniaga, kerana mak dan abah suruh tumpukan pada pembelajaran.. Tapi saya jenis degil gak.hehehe… masa cuti semester je, “berniaga burger tolong kawan ”, niaga ikan bakar, niaga keropok lekor, dan macam2 lagi.
Habis belajar saya bekerja selama 3 tahun di sekolah memandu tut…tut… Malamnya pula berniaga nasi lemak di seksyen 18,baru niaga 3bulan, MBSA datang robohkan,sekarang tapak tu dibangunkan pasaraya OLE-OLE. Dalam masa yang sama, datang lagi dugaan allah untuk menjadikan saya manusia LUARBIASA.. Saya dituduh pecah amanah di sekolah memandu tut..tut.., kecoh sampai semua keluarga tahu.. bila bos tu selidik2… rupanya kerani dia yang songlap duit tu… Disebabkan nama dah busuk, sampai ke pengetahuan keluarga… saya terpaksa berhenti kerja.. Dalam sekelip mata, semua mata pencarian saya HILANG…Nasib baik masa tu bujang, takkan dah besar2 nak minta duit kat mak…kan…?
Mak dan Abah suruh saya cari kerja makan gaji, KWSP tu penting katanya… saya pergi temuduga, kerja la kat mydin, pastu kerja kilang kabinet, pastu pi temuduga, dapat pula jadi guru.. mengajar sekolah rendah, mengajar budak2 ni beeeeest tapi nak mengikut peraturan yang ditetapkan tu kadang2?…hmmmmm….bila ada je modal sikit, saya bangun dari terjatuh dengan berniaga di Up-Town…..siang mengajar, malam berniaga di Up-Town shah alam, disebabkan terlalu gelojoh sangat masuk plak perniagaan MLM. Tp hampeh……
Perniagaan multi level marketing ntah ke mana, perniagaan up-town pula ntah ke mana…. Sebab ape? sebab modal perniagaan up-town telah digunakan untuk perniagaan MLM… Baru nak bangun, dah jatuh balik….
Disebabkan saya tekad untuk berniaga, saya teruskan niat saya dan saya telah melalui "zaman kegelapan" untuk beberapa tahun lamanya. Saya ingatkan berniaga adalah senang, boleh dapat banyak duit. Tetapi rupanya tidak. Saya telah melakukan pelbagai jenis perniagaan daripada menjual minyak gamat, menjual nasi lemak, menjual burger, menjual ikan bakar, menjual pakaian, agen sekolah memandu,MLM, dan macam2 lagi.
Semua orang pandang rendah, ahli keluarga sudah tidak percaya dengan perniagaan yang saya jalankan. Siap cakap “Apa yg ko buat mesti xmenjadi, xpayah niaga la”

Ini berlaku untuk beberapa tahun dan saya "kononnya" berniaga tetapi habuk duit pun tidak ada.

Berapa ramai daripada anda yang boleh faham situasi saya ketika itu? Tertekan, rasa gagal, rasa putus asa, rasa tidak adil dan macam-macam lagi perasaan negatif datang dalam diri.

Apa yang saya buat? Saya tutup semua perniagaan saya… dan kahwin!! Ingatkan dengan berkahwin makin kaya rupanya makin kayap.. hehehe.. Isteri bekerja di sebuah syarikat pengawal keselamatan di bahagian HR… Tekanan demi tekanan orang di syarikat tu berikan, setiap hari isteri balik menangis, tertekan, tension dan pernah hempas badan di katil ketika usia kandungan 8bulan…paling dahsyat isteri “PENGSAN”… nak berhenti kerja katanya… so esoknya saya izinkan dia berhenti dengan notis 24 jam…. Walaupun dalam hati ckp, sambil meletakkan kedua belah tangan ke dada, mulut disengetkan dan mata dibesarkan.... kan... "syg jgnla berhenti.. tu kan sumber pendapatan kita"...

Dalam keadaan terkapai-kapai, tidak tahu buat keputusan, blurrrr....... saya  buka kedai bundle di meru. bertahan hanya 3 bulan.... Tapi terpaksa tutup atas sbb2 yg xdapat dielakkan… Susah sangat waktu tu, bisnes jatuh lagi...lagi...lagi... dan lagi. Isteri berhenti kerja, anak pertama kami tungu masa utk dilahirkan..tidak dapat sokongan keluarga..sahabat handai,jiran2 semua buat xtau... Rasa mcm segala yg ada di langit dan di bumi dihempap atas kepala..Perit saaaangat.. Setiap kali lepas solat, berdoa xputus1000x....hanya mengharapkan pertolongan Allah.. Dengan saki baki baju bundle yang ada, saya bawa niaga di pasar Petaling Jaya… Siang mengajar, malam berniaga di pasar…Isteri dalam keadaan sarat mengandung, sentiasa disisi membantu… Tidak pernah merungut, sentiasa rasa bersyukur… Sehinggalah bayi kami dilahirkan…

Di mana "turning point" saya? Taklah "turning point" sangat lagi tetapi segalanya mula berubah apabila pada penghujung tahun 2007, kajian saya bertemu kejayaan. Setelah melingkup beberapa tahun dalam perniagaan, rahsia pertama kenapa kini saya berjaya. Rahsia inilah yang menjadi tonggak utama perubahan hidup saya. Dan Alhamdulillah kualiti hidup saya meningkat hari demi hari setelah saya praktiskan rahsia ini.
Bukan modal yang penting! Saya memulakan perniagaan hanya dengan modal rm500 je, tu pon pinjam duit isteri…hehe..

Berapa ramai daripada anda yang ingin tahu apakah rahsia pertama yang saya belajar yang telah merubah hidup saya?

Rahsia pertama yang saya telah pelajari yang telah merubah hidup saya ialah perniagaan bukan untuk wang tetapi perniagaan adalah projek untuk meningkatkan kualiti dan memudahkan hidup orang lain.

Hari ini, saya mempunyai perniagaan Legasi Branded Collection; Pakar Transformasi Kecantikan Kanak-kanak di petaling jaya. Sebuah warehouse di meru untuk kerja2 pecah barang dari kontena. Insyaalah dalam masa terdekat, pembukaan Branded Collection yang ke 3 di shah alam yang lebih ekslusif dan selesa buat semua pelanggan yang dikasihi. Kini perniagaan menjadi huru-hara, keuntungan berlipat kali ganda, permintaan pembelian on-line banyak gila2, setiap hari orang berpusu-pusu ke kedai, terlalu,lalu,lalu,lalu ramai pelanggan yang menunggu lelong luarbisa Branded Collection yang hanya dilakukan setahun 4kali sahaja.

Disebabkan kejayaan saya hari ini adalah berdasarkan kegagalan saya bertahun-tahun lamanya di dalam perniagaan, maka saya telah membuat keputusan untuk membantu usahawan-usahawan lain yang berminat menjual pakaian kanak-kanak berkualiti tinggi, hebat, bergaya, berjenama dan terbaaaiiik dengan harga borong yang sangat3x murah dan konsultasi eksklusif adalah percuma.
Jangan percaya kata saya! Datang dan lihat sendiri di Branded Collection PJ. Pakar transformasi kecantikan kanak-kanak.

Branded Collection amat memerlukan agen vvip di seluruh Negara, bagi membantu memasarkan produk kami, sekaligus bersama2 meniti kejayaan luarbiasa…
Apa yang best sangat agen vvip ni? Kelebihannya adalah pembelian diskaun sehingga 60%. Pemberitahuan awal tentang stok sampai. Anda hanya perlu tunggu pelanggan cari anda, kerana marketing akan diuruskan oleh pihak syarikat. Permulaan modal yang rendah, keuntungan sangat-sangat lumayan.  

Apa yg penting?
Saya dapat memudahkan hidup anda, menjadi manusia luarbiasa dunia& akhirat.


Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan Branded Collection, pihak kami akan sentiasa memberikan tawaran diskaun termurah, terbaaaaaik dan terrrrr “luarbiasa”.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan