Harga Koyak Rabak Branded Collection

Diskaun 50% T-shirt Dewasa

LELONG LUARBIASA BRANDED COLLECTION



Khamis, 10 Disember 2009





DUA pelanggan memilih pakaian terpakai yang dijual di salah sebuah kedai bundle di Satok, Kuching, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN





KUCHING 15 Mei - Minat dalam dunia perniagaan membuatkan Ahmad Hip, 47, memberanikan diri menceburkan diri dalam dunia perniagaan pakaian terpakai atau lebih dikenali sebagai bundle oleh masyarakat setempat.
Datuk kepada tiga orang cucu itu semasa menceritakan pengalamannya kepada Utusan Malaysia memberitahu, dia memang berasal dari keluarga yang minat berniaga.
Beliau yang berasal dari Kampung Tabuan Melayu berkata, dia mula berjinak-jinak berniaga sebagai pembekal bahan basah seperti ikan dan ayam kepada kedai-kedai di sekitar Kuching ketika berusia 20-an.
Kini, Ahmad menjadi pembekal kepada bahan makanan dan minuman kepada sebuah syarikat di Kuching dan pada masa yang sama dia turut mengorak langkah menjadi usahawan bundle yang berjaya.
Katanya, dengan bermodalkan RM25,000, dia mengambil alih perniagaan bundle dari sepupunya di Jalan Satok di sini.
Bermula pada pukul 9 pagi, Ahmad akan membuka kedainya itu sehingga pukul 8 malam.
''Namun, kadang kala kedai saya itu akan dibuka sehingga pelanggan sudah mula berkurangan," katanya kepada di sini semalam.
Dibantu tiga pekerja, Ahmad menawarkan pakaian terpakai berkualiti yang diimport dari Amerika Syarikat dan Jepun.
Katanya, dia mendapatkan barangan bundle itu dari seorang pembekal di Petaling Jaya Selangor.
Katanya lagi, perniagaan bundle di Kuching bukanlah sesuatu yang baru kerana perniagaan itu telah bertapak kira-kira 10 tahun dahulu.
Jelasnya, pakaian terpakai mempunyai peminatnya sendiri dan kebanyakannya merupakan golongan lelaki yang gemar akan pakaian yang berjenama tetapi murah.
''Meskipun jumlah kedai bundle tidak begitu banyak tetapi penggemar pakaian itu sanggup untuk datang dari jauh semata-mata untuk mencari koleksi pakaian yang diminati mereka," katanya.
Sementara itu, Ahmad memberitahu, pakaian bundle merupakan cara bagi seseorang itu untuk berjimat cermat semasa keadaan krisis ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini.
Selain itu katanya, pembelian baju bundle itu membolehkan orang ramai membantu mangsa kecemasan seperti banjir dan kebakaran.
''Mengapa perlu berbelanja lebih? Sedangkan kualiti pakaian bundle ini tidak jauh beza dengan baju berjenama yang dijual di pasar raya atau kedai lain," tambahnya.
Add to Google

1 ulasan:

  1. ILMU,USAHA,DOA DAN TAWAKKAL PERLU DIGABUNGKAN BAGI MENJANA EKONOMI UMMAH ANG SYUMUL.

    SETIAP PERNIAGAAN MEMPUNYAI POTENSI BAGI MENJANA KEUNTUNGAN MAKSIMUM.
    PERSOALANNYA...BERAPA RAMAI MUSLIM MALAYSIA BERFIKIR DILUAR KOTAK FIKIRAN MANUSIA BIASA?

    ANDA KENAL TOKOH MUSLIM MALAYSIA YANG BERJAYA? APAKAH YANG MEREKA LAKUKAN?APAKAH PERSAMAAN DIANTARA MEREKA?

    TOKOH MUSLIM BERJAYA
    MOHAMMAD MOHAIDEEN(MYDIN)
    ALI HASSAN(AL IKHSAN)
    SYED AL-BUKHARY (LEE COOPER DAN CROCODILE)

    PERSAMAAN DIANTARA MEREKA ADALAH MEREKA MENJALANKAN PERNIAGAAN IMPORT EKSPORT YANG MANA PERNIAGAAN INI BANYAK DIMONOPOLI OLEH SATU BANGSA SAHAJA.

    BalasPadam